Kategori : AKIDAH Tauhid Iman
| |
Tajuk : |
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik
Muslim |
Hadith : |
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda
Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari
penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah.
Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni
syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi.
Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa
seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan
jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh
sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
(Muslim)
|
|
Huraian Umat Islam
seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar
dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita
bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran
agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman
mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti
sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah
seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah
dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara
satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat
besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut
mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang
jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman
mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya
lagi dengan orang yang kafir.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
No comments:
Post a Comment