Kategori : AKIDAH Tauhid Iman
|
Tajuk : |
Abu Hurairah : Perawi Hadis
Terkemuka |
Hadith : |
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak
hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:”
Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan
kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu
bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya
dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.”
(al-Bukhari)
|
|
Huraian Abu Hurairah
ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun
sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui
dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah
Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu
Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan
pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya
oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak
kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah
SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau
adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai
salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu
dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga
baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak
dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim
berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189
hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis
lainnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
No comments:
Post a Comment