Kategori : IBADAH Solat
|
Tajuk : |
Balasan Meninggalkan Solat Asar
|
Hadith : |
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a
beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput
solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta
kekayaannya.”
(al-Bukhari)
|
|
Huraian Solat adalah
perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada
rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh
sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana
darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi
s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh
sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga
keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
No comments:
Post a Comment