Friday, April 12, 2013

Doa Saat Menyentuh Ubun-ubun Isteri Selepas Akad Nikah





Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau 

meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan 

sebagaimana yang tersebut dalam hadith:





“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia 


memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan

keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:


 

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau 


tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang 

Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari 

segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia

 telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ 

“ (Riwayat Abu Daud).

Sunday, December 4, 2011

Puasa





Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” 
(HR. Muslim no. 1975)


Hadis Nabi:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (utk berbuka puasa), akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun drpnya. [Hadis riwayat Termizi dan Ibnu Majah.]







Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (HR Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda: Sahur itu seluruhnya berkah, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat Nya memberi shalawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi






Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah."
(HR Ahmad)








Thursday, October 20, 2011

Islam Yang Sebenar

 
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”
 
Riwayat Bukhari

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim


Kategori : AKIDAH Tauhid Iman   
Tajuk :
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim
Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
 
(Muslim)
 
 
Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Abu Hurairah : Perawi Hadis Terkemuka

Kategori : AKIDAH Tauhid Iman  
Tajuk :
Abu Hurairah : Perawi Hadis Terkemuka
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.”
 
(al-Bukhari)
 
 
Huraian
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Kategori : IBADAH Solat  
Tajuk :
Balasan Meninggalkan Solat Asar
Hadith :
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
 
(al-Bukhari)
 
 
Huraian
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Makan

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

'Apabila salah seorang dari kalian makan,maka hendaklah makan dengan tangan kanan dan apabila dia minum,minumlah dengan tangan kanan.Kerana syaitan apabila makan ,makan dengan tangan kiri dan apabila minum ,minum dengan tangan kiri."
(HR Muslim)

Bagaimanakah kalau ia seorang yang KIDAL?

Dari Abdullah bin Muhammad dari seorang wanita di antara mereka berkata; Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku kerana aku seorang wanita KIDAL. Maka Baginda memukul tangan ku sehingga sesupa makanan jatuh.Lalu Baginda bersabda : "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu,sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu."
(HR Ahmad dan Thabarani)