Saturday, February 5, 2011

Syahid [ Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I, II, III ,IV ]

1. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1836.
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia mati (syahid) di dunia sampai sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid."
2. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1835.
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak satu pun orang yang telah mati, pada hal dia telah memperoleh pahala yang menggembirakan di sisi Allah, yang ingin kembali ke dunia sekalipun dunia dan seluruh isinya diberikan kepadanya, kecuali orang yang mati syahid. Orang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, kerana dia ingin sekali lagi sebagai syuhada kerana dia telah melihat bagaimana mulianya mati syahid."
3. Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0091.
Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika perang Khaibar sedang berkecamuk, sekelompok sahabat datang kepada Rasulullah saw. Kata mereka, "Si Fulan syahid. Si Fulan syahid! Ketika mereka melalui mayat seorang laki-laki mereka berkata pula, "Si Fulan syahid." Jawab Rasulullah saw., "Sesungguhnya aku melihatnya berada dalam nereka, memakai pakaian yang dicurinya dari harta rampasan yang belum dibagi." Kemudian Rasulullah bersabda, "Hai, anak Khaththab! Beritahukan kepada orang banyak: "Tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman." Kata Umar, "Aku keluar, lalu ku serukan kepada orang banyak: "Ketahuilah! Sesungguhnya tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman."
4. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1862.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang sungguh-sungguh ingin hendak mati syahid, dia akan diberi pahala seperti pahala orang mati syahid, sekalipun dia tidak mengalami mati syahid yang sesungguhnya."
5. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1859.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Natil (bin Odis Al Hazami), seorang penduduk Syam, bertanya kepadanya, "Wahai, Tuan Guru! Ajarkanlah kepada kami hadis yang Anda dengar dari Rasulullah saw." Jawab Abu Humirah, "Baik! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang pertama-tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya. Tanya, "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" Jawab, "Aku berperang untuk agama Allah sehingga aku mati syahid." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani. Dan gelar itu telah engkau peroleh." Kemudian dia disuruh seret dengan muka telungkup lalu dilemparkan ke neraka. Kemudian dihadapkan pula orang 'alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta membaca Al Quran. Dihadapkannya kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semua diakuinya. Tanya, "Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" Jawab, "Aku belajar, mengajar, dan membaca Quran kerana Engkau." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau belajar dan mengajar supaya disebut orang Alim, dan engkau membaca Al Quran supaya dikatakan sebagai Qari (ahli baca). Semua itu telah dipanggilkan orang kepada mu." Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu di lemparkan ke neraka. Sesudah itu dihadap pula orang yang diberi kekayaan oleh Allah dengan berbagai macam harta. Semua kekayaannya dihadapkan kepadanya lalu diingatkan segala nikmat yang telah diperolehnya, ia pun mengakui. Tanya, "Apa yang telah engkau perbuat dengan harta sebanyak itu?" Jawab, "Setiap bidang yang Engkau sukai tidak ada yang ku tinggalkan, melainkan aku sumbang semuanya kerana Engkau." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau melakukan semuanya itu supaya engkau disebut orang yang pemurah, dan gelar itu telah engkau peroleh." Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka.
6. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1844.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala tertawa (rela) kepada dua orang lelaki, di mana seorang di antaranya membunuh yang lain, lalu keduanya masuk syurga. Tanya para sahabat, "Bagaimana bisa begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Lelaki yang terbunuh itu mati dalam jihad fi sabilillah, maka dia itu mati syahid. Kemudian si pembunuh taubat kepada Allah Ta'ala, lalu Allah menerima taubatnya. Sesudah itu dia mati pula dalam perang fi sabilillah, maka dia itu mati syahid."
7. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1868.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang lelaki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri di tengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur kepada Allah Ta'ala. Allah mengampuni dosanya kerana perbuatannya itu." Beliau bersabda pula, "Para syuhada [orang-orang yang mati syahid] lima macam: (1) Al Math'un, orang-orang yang mati kerana penyakit kolera [penyakit menular atau wabak]. (2) Al Mabthun, orang-orang yang mati kerana sakit perut atau melahirkan. (3) Orang yang mati kerana tenggelam. (4) Orang yang mati kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan sebagainya. (5) Orang yang mati dalam perang Fi Sabilillah."
8. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1843.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Termasuk kehidupan yang terbaik, iaitu orang-orang yang mempersiapkan hidupnya untuk jihad fi sabilillah [berjuang atau berperang untuk menegakkan agama Allah]. Ia segera melompat ke punggung kuda tatkala mendengar trompet perang dan menunggu komando. Ia segera memacu kudanya ke medan perang mencari kematian [syahid] yang didambakannya. Atau seorang yang tinggal di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, dengan hidup sederhana, ditegakkannya solat, dibayarnya zakat, disembahnya Tuhan terus menerus sampai meninggal, dan tidak pernah merugikan umat manusia, bahkan dia sentiasa berbuat kebajikan terhadap sesamanya."
9. Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0092.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami ikut perang Khaibar bersama-sama Rasulullah saw., dan Allah swt. memenangkan kami. Kami tidak merampas emas dan perak. Yang kami rampas ialah harta benda yang lain, seperti barang-barang rumah-tangga, makanan dan pakaian. Kemudian kami pergi ke sebuah lembah. Rasulullah saw. membawa serta seorang hamba-sahaya pemberian seorang laki-laki dari Judzam, bernama Rifa'ah bin Zaid, berasal dari suku Dhubaib. Ketika kami berhenti di lembah itu, hamba sahaya itu berdiri membuka pelana. Tiba-tiba ia dipanah musuh dan mati seketika. Kami berujar, "Alangkah bahagianya dia mati syahid!" Sabda Rasulullah saw., "Tidak! Sekali-kali tidak! Demi Allah, yang diri Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya api menyala pada baju yang dipakainya, yang dicurinya dari harta rampasan yang belum dibagi." Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Kami semua terperanjat mendengar sabda Rasulullah itu. Sementara itu, seorang perajurit datang membawa sepotong tali [yang diambilnya dari harta rampasan yang belum dibagi, lalu menyerahkannya kepada Nabi saw.]" Sabda Nabi saw., '"Tali dari neraka!"
10. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2133.
Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a. katanya Nabi saw pernah bersabda mengenai para korban perang Uhud. Beliau naik ke mimbar seolah-olah memberi amanat kepada yang masih hidup dan yang telah syahid. Sabda beliau. "Aku mendahului kalian ke telaga, Lebar telaga itu sejauh antara Ailah ke Juhtah. Aku tidak menyangsikan bahawa kamu akan kembali musyrik sepeninggal ku. Tetapi yang aku takutkan ialah kamu terpengaruh oleh dunia. Kemudian kamu berbunuh-bunuhan dan akhirnya kalian musnah seperti kemusnahan umat yang sebelum kalian." Kata 'Uqbah, "Itulah yang terakhir kali aku melihat Rasulullah saw. berpidato di mimbar."
11. Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1569.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. Dalam perjalanan beliau menemui ku kerana aku menunggang unta yang kelelahan sehingga hampir tak dapat berjalan. Rasulullah saw. bertanya kepada ku, "Bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sakit, ya Rasulullah!" Beliau mundur ke belakang, lalu dibentaknya unta itu dan didoakannya. Semenjak itu unta ku selalu berjalan di muka sekali. Rasulullah saw. bertanya pula kepada ku, "Sekarang bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sentiasa dalam keadaan baik, semenjak beroleh berkat dari Anda!" Tanya beliau, "Mahukah engkau menjualnya kepada ku?" Sebenarnya aku malu, di samping aku tidak punya wang yang lain selain hanya unta itu. Jawab ku, "Baiklah, ya Rasulullah!" Unta itu ku jual kepada beliau dengan ketentuan, aku boleh mengenderainya hingga sampai ke Madinah. Kemudian aku minta izin kepada beliau untuk berangkat lebih dahulu ke Madinah, kerana aku akan jadi pengantin. Setelah sampai di Madinah, aku bertemu dengan pakcik ku, lalu dia menanyakan kepada ku perihal unta. Maka ku khabarkan kepadanya apa yang terjadi, tetapi dia mencela tindakan ku. Ketika aku minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berangkat lebih dahulu kerana hendak kahwin, beliau bertanya kepada ku, "Dengan siapa engkau hendak kahwin? Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya Rasulullah." Tanya beliau pula, "Mengapa tidak dengan gadis? Engkau dapat bersenda gurau dengannya, dan dia dapat pula bersenda gurau denganmu." Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Orang tua ku telah meninggal (syahid) sedangkan aku mempunyai adik-adik perempuan yang masih perawan-perawan. Sebab itu aku tidak suka kahwin dengan perempuan seusia mereka, kerana tidak akan dapat mendidik dan mengurus mereka. Itulah sebabnya aku kahwin dengan janda, supaya dapat mengurus dan mendidik adik-adik ku." Setelah Rasulullah saw. tiba di Madinah, pagi-pagi ku hantarkan unta itu kepada beliau, lalu beliau memberikan wang harganya kepada ku, dan memberikan unta itu kembali kepada ku."
12. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1863.
Dari Sahal bin Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif, dari bapanya, dari kakaknya, katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang memohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh hendak mati syahid, maka Allah menaikkannya ke tingkatan para syuhada sekalipun kenyataannya dia mati biasa di tempat tidur."
13. Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0113.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah pendapat Anda jika seseorang datang hendak merampas harta ku?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan diberikan, pertahankan!" Tanya: "Jika dia hendak membunuh ku?" Jawab Rasulullah, "Bunuh pula dia!" Tanya, "Bagaimana kalau aku yang terbunuh?" Jawab: "Engkau mati syahid!" Tanya: "Bagaimana kalau dia yang terbunuh?" Jawab Nabi saw., "Dia masuk neraka!"
14. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2117.
Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Aku bermimpi dalam tidurku bahawa aku hijrah dari Mekah ke suatu negeri yang berpohon kurma. Aku menduga bahawa negeri itu ialah Yamamah atau Hajar. Kiranya adalah kota Yatsrib. Dan ku lihat pula dalam mimpi ku itu bahawa aku menghunus sebuah pedang lalu pedang itu patah di tengah. Kiranya itu adalah musibah yang menimpa kaum mukmin dalam peperangan Uhud. Kemudian ku hunus sekali lagi, ternyata pedang itu bagus seperti seperti semula. Rupanya itu adalah kemenangan yang dikurniakan Allah, serta persatuan kaum mukmin. Ku lihat pula dalam mimpi ku itu seekor sapi, dan Allah Maha Baik. Rupanya sejumlah orang-orang mukmin yang syahid dalam medan perang Uhud dan pahala yang diberikan Allah sesudah itu berupa kebaikan, serta pahala kejujuran yang diberikan Allah sesudah perang Badar."
15. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1855.
Dari Abu Bakar bin Abdullah bin Qais r.a., dari bapanya, katanya dia mendengar bapanya bercerita, bahawa ketika bapanya sedang berhadapan dengan musuh, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada di bawah naungan (kilatan) pedang." Lalu berdiri seorang lelaki sambil menangis, katanya: "Hai, Abu Musa! Apakah Anda pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda seperti itu?" Jawab Abu Musa, "Ada!" Orang itu pergi menemui kawan-kawannya seraya katanya, "Aku mengaturkan salam kepada Anda semua!" Kemudian dibukanya sarung pedangnya lalu dilemparkannya. Sesudah itu, dengan pedang terhunus dia pergi menyerbu musuh, memukul mati dengan pedangnya, setiap musuh yang ditemuinya sehingga akhirnya dia sendiri mati pula terbunuh sebagai syahid."
http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Puasa


1. Ayat 183, Surah Al-Baqarah.
2. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.

Berpuasa pada bulan Ramadhan - sebagaimana yang sedia maklum - ialah "rukun Islam yang keempat". Dalilnya dari al-Qur'an ialah ayat-ayat suci yang diterangkan di atas dan dari hadith pula seperti berikut:

1- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)

1- Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah,  mendirikan sembahyang,  memberi zakat,  berpuasa pada bulan Ramadhan,  dan mengerjakan haji ke Baitullah".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut sejarahnya puasa bulan Ramadhan telah difardhukan atas umat Islam dalam bulan Sya'aban, tahun yang kedua Hijriyah.


Kelebihan [Muqaddimah Mastika Hadith (hlm. 57).]
Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:


2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)

2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa,  (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



1. Al-Ahadith al-Qudsiyah (1:172). Hadith ini ialah "Hadith Qudsi" diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan lain-lainnya. Ta'rif Hadith Qudsi telah diterangkan dalam "Muqaddimah Mastika Hadith".

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

3- عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)

3- Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan,  sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api ... (1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)



1. Al-Targhib (2:87)
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

4- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (رواه الإمام أحمد وغيره)

4- Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat - bagi orang-orang yang berbakti (yang selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an) .. (1).
(Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)

1. Kitab yang sama (2:84).
Selain daripada menjadi sebab yang membawa rahmat di akhirat kelak, puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini. 
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

5- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)

5- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya .. (1)
(Hadith Riwayat Tabrani)

Thursday, September 16, 2010

Hadis






Diberitakan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat 3 buah simpul dikepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan 'Tidurlah engkau sepanjang malam'.

Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwudhu, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bengun pagi dengan perasaan serba tak sedap dan malas"

Allah berfirman dalam surah Al-Muzammil, ayat 1 hingga 9:
" Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada malam hari, kecuali sebagian kecil, separuh atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari itu. Dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.

Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan yang panjang, dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati. (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung"

Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Yang Maha Suci lagi Agung turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: Barang siapa berdoa kepada-Ku akan Kuperkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberikan dia. Siapa yang minta ampun akan Kuampuni dia"

Himpunan Hadis

Rasulullah s.a.w bersabda :




1. "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat" 
    ( H.R.Bukhari dan Muslim)

2. "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian   solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna"
(H.R.Tarmizi)

3. "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"
 ( H.R.Attabrani)

4. "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" 
(H.R. Muslim &Tarmizi)

5. "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
( H.R.Attabrani)

6. "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
(H.R.Attabrani)

7. "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka.
( H.R.Abu Daud & Tarmizi)

8. "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
 (H.R.Muslim)

9. "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
(H.R.Bukhari)

10. "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).
(H.R.Muslim & Ahmad)

11. "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
 (H.R.Muslim)

12. "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam  (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai"
(- H.R.Sahih Muslim)

13. "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
 (H.R.Zanjawaih & Hakim)

14. "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
(H.R.Ibn'Asakir)

15. "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
 ( H.R.Bukhari & Muslim)

16. "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
 (H.R.Bukhari & Muslim)

17. "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama"
(H.R. Ahmad & Abu Daud)

18. "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat"
(H.R.Abu Dawud)
19. "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" 
(H.R.Attabrani)

Sunday, September 12, 2010

Cinta yang membawa ke Syurga

MENCINTAI ALLAH TUHAN ALAM SEMESTA
     31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maha Penyayang.
     32. Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul- Nya; jika kamu berpaling, maka Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang kafir.“ [3. Ali Imran]

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA
     1.Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, mengikuti jalan yang lurus,

     2.sebagai karunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah sebagai karunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[QS:49. Al Hujuraat]

MENCINTAI RASULULLAH SAW
Hadis riwayat Anas ra ia berkata :
     Nabi SAW bersabda: Ada tiga hal yang barang Nabi SAW bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai yang lain karena Allah, tidak yang lain, mencintai yang lain karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka. dilemparkan ke dalam neraka.
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad] [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad]

MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW
Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata:
     Nabi SAW bersabda: Tidak disebut beriman Nabi SAW bersabda: Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) sebelum aku lebih dicintainya daripada laki-laki) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang. keluarganya, hartanya dan semua orang."
 [HR. Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami]

MENCINTAI KEDUA ORANG TUA
Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud ra ia berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan manakah yang paling utama.Beliau menjawab: Solat pada waktunya.Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya: Kemudian kedua orang tua. Kembali aku bertanya: Kemudian apa lagi? Beliau menjawab: Berjuang di jalan Allah.Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau. 
 [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad, Ad Darami] Darami]

MENCINTAI KELUARGA / SAUDARA

 Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata: Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian tidak disebut beriman sebelum ia mencintai tidak disebut beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri. 
  [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami] Ahmad, Ad Darami]

MENCINTAI SESAMA MUKMIN

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra ia berkata :
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang- orang mukmin dalam hal saling kasih, saling orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya sebuah tubuh, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam."
[HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad]

JIKA ALLAH MENCINTAI HAMBA-NYA
Hadis riwayat Abu Hurairah ra ia berkata:

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Aku mencintai si fulan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia (jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian dia pun diterima di bumi, dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah pula dia!Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit:  Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya.Kemudian kebencian pun merambat di bumi.
[HR. Bukhari ; Muslim ; Tirmidzi ; Ahmad ; Malik]